Tuesday 6 December 2011

Kaedah Pengumpulan Data (Data Collection Method)

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

-             Terdapat banyak kaedah boleh digunakan untuk memperoleh data.

-             Data boleh diperoleh daripada sumber-sumber yang telah sedia ada seperti data yang diterbitkan oleh kerajaan atau agensi-agensi tertentu. Data jenis ini dipanggil Data Sekunder.

-             Contohnya, data diperoleh daripada Laporan Ekonomi, Laporan Perangkaan Bulanan, Laporan Kewangan, dan banyak lagi.

-             Kita juga boleh merekabentuk satu ujikaji untuk mengumpul data menggunakan kaedah tinjauan (survey). Data diperoleh dengan cara ini dipanggil Data Primer.


4.1 Teknik pengumpulan data primer

-             Data primer boleh dikumpul sama ada menggunakan banci atau tinjauan sampel.
-             Banci ialah tinjauan ke atas seluruh populasi atau semua anggota kumpulan yang menjadi subjek kajian. Biasanya dijalankan untuk mendapat data/maklumat mengenai ciri-ciri populasi.

Contoh banci;
 
Bancian  Penduduk - maklumat diambil spt. bilangan ahli keluarga, pendapatan, pekerjaan dll.

Banci Pertanian – pengumpulan data melibatkan semua pengusaha ladang, sawah, kebun, estet, huma (sama ada bersaiz besar atau kecil).
-             Bagaimanapun pengumpulan maklumat menggunakan kaedah banci memerlukan kos yang sangat tinggi.

-    Kaedah paling popular dalam pengumpulan data primer ialah tinjauan sampel – iaitu tinjauan yang dilakukan terhadap sebahagian populasi yang dikaji

-       Tinjuan sampel juga dikenali sebagai “tinjauan sampel kebarangkalian”.

-       Sampel rawak digunakan bagi mewakili populasi. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan prinsip statistik. Oleh itu, teknik persampelan digunakan perlu betul.

Antara kaedah pengumpulan data primer ialah;

a.Temuduga bersemuka
b.Temuduga melalui telefon
c. Soal Selidik
d. Pengamatan atau pemerhatian


a.Temuduga bersemuka

-             Komunikasi secara terus iaitu penemuduga mengemukakan soalan-soalan berkaitan untuk dijawab oleh responden secara berdepan.

-             Merupakan perbualan dua-hala di antara seorang penemuduga dan seorang responden

Kelebihan;

-             Responden berpeluang mendapat maklumbalas atau penjelasan lanjut jika soalan tidak jelas atau tidak difahami.

-             Penemuduga dapat mengesan jika responden memberi jawapan tidak ikhlas.

-             Peluang untuk setiap soalan ditanya dijawab dengan lengkap

-             Peratus responden menjawab lebih banyak (berbanding temuduga telefon/ soal selidik melalui pos) kerana responden tidak perlu menulis.

Kelemahan;

-             Melibatkan kos yang tinggi spt membayar elaun, makan, penginapan penemuduga.

-             Responden cuba mengelak dari menjawab soalan agak sensitif, bersifat peribadi.

-             Masa diperlukan agak panjang – bergantung kemahiran dan bilangan penemuduga.

 Contoh; Kajian pemasaran tentang penggunaan sabun pembasuh  pakaian.

-                    Salah seorang ahli keluarga akan ditemuduga di rumahnya berkenaan jenama sabun basuh, termasuk maklumat lain yang berkaitan seperti bilangan isi rumah, pendapatan dll.


b) Temuduga Melalui Telefon

-             Kaedah ini makin popular sekarang.

-             Responden lebih mudah memberi maklumat yang boleh dipercayai dan terperinci melalui telefon.

-             Bagaimanapun teknik ini hanya terhad kepada responden yang memiliki telefon sahaja.

Kelebihan;

-             Proses pengumpulan data lebih cepat

-             Kos tidak begitu tinggi – tidak melibatkan kos perjalanan/penginapan

-             Responden lebih bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang agak sensitif atau peribadi.

-             Responden dipilih meliputi kawasan agak luas kerana tak perlu membuat perjalanan menemui responden.

Kelemahan;

-             Tidak sesuai bagi kajian sosioekonomi kawasan desa/pedalaman (tiada kemudahan telefon)

-             Maklumat yang dikumpul mungkin tidak mewakili keseluruhan penduduk kerana mereka yang tidak memiliki telefon diabaikan

-             Jangka masa menemuduga terhad – tidak sesuai soalan yang terlalu panjang.

-             Panggilan tidak dijawab – perlu membuat panggilan semula

-             Bagi penyelidikan yang memerlukan bahan-bahan demonstrasi tidak boleh dilakukan.


c)  Soal Selidik

Soal selidik – satu senarai soalan (seragam) yang dicetak bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan sesuatu penyelidikan sedang dijalankan.

-             Soal selidik tersebut akan dijawab/diisi sendiri oleh responden/pembanci.

-             Soal selidik boleh dijawab oleh responden samada secara berdepan atau melalui pos.

-             Soal selidik secara pos lebih kerap digunakan. Soal selidik diposkan kepada responden, responden diminta menjawab dan mengembalikan semula soal selidik berkenaan dalam tempoh tertentu.

-             Soal selidik dihantar menerusi pos/kurior. Perlu disertakan surat iringan - menyatakan objektif kajian, mohon kerjasama supaya dikembalikan; sampul surat bersetem & beralamat sendiri.

Kelebihan;

-             Soal selidik boleh meliputi kawasan yang luas. Sesuai di kawasan geografi yang luas, kadar celik huruf tinggi.

-             Responden boleh menggunakan masa yang sesuai – ini akan memberi maklumat lebih baik kepada penyelidik

-             Pengaruh penemuduga untuk menjawab soalan boleh dielakkan kerana ia tidak memerlukan penemuduga.

-             Soal selidik melalui pos secara relatif tidak melibat kos yang tinggi.


Kelemahan;

-             Jumlah soal selidik dikembalikan agak rendah kerana kurang sambutan dari responden. Cara atasi – beri insentif, peringatan.

-             Jika ada soalan tidak jelas, responden tidak ada kesempatan untuk menyoal/bertanya.

-             Soal selidik melalui pos tidak sesuai jika soalan ditanya sukar difahami.

-             Mungkin soal selidik dijawab oleh orang lain, bukan responden sebenar.

-             Masa yang lama untuk mengumpul maklumat – proses pengepos soal selidik lambat, soal selidik lambat dikembalikan.

d)  Pengamatan atau pemerhatian

-             Proses mengumpul maklumat dengan cara merekodkan tingkahlaku manusia, objek dan kejadian tanpa menyoal atau berkomunikasi dengan mereka.

-             Maklumat dikumpul dengan cara memerhati dan merekodkan maklumat berkenaan.

-             Sesuai digunakan dalam kajian seperti mengesan sambutan pengguna terhadap sesuatu produk baru, tawaran istimewa dan sebagainya.


Kelebihan;

-             Ketepatan maklumat – mereka yang dikaji tidak sedar bahawa mereka sedang diperhatikan.

-             Penyelidik tidak menghadapi kekangan masa serta batas soal selidik dalam proses mengumpul maklumat.

Kelemahan;

-             Teknik ini tidak begitu luas digunakan kerana banyak kekangan.

-             maklumat demografi spt umur, pekerjaan, bil isi rumah dll; sikap responden; tujuan responden; peristiwa lalu – tidak dapat dikutip.

-       Pemerhatian ‘penyertaan’ – Pengkaji selalunya tinggal bersama-sama subjek kajian tersebut ditempat kediaman mereka. Memerlukan pemerhatian yang lama, mungkin berminggu atau berbulan-bulan.

-       Biasanya dilakukan oleh ahli-ahli antropologi/sosiologi.

Contoh; mengkaji cara hidup suku kaum primitif di kawasan pedalaman.


4.2    Data Sekunder

-       Data sekunder – data dikumpul dari sumber yang tersedia.

-       Dikenali juga sebagai data pentadbiran (administrative data)


data yang telah dikumpul dan direkodkan oleh pihak lain sebelum wujudnya keperluan untuk melakukan penyelidikan.

-             Jadi, data sekunder telah sedia ada, tidak memerlukan penyelidik menghubungi responden.

Kelebihan;

-             Pengumpulan data tidak melibatkan kos yang tinggi berbanding pengumpulan data primer.

-             Menjimatkan masa dan tenaga kerja.


Kelemahan;

-             Data telah dikumpul untuk tujuan tertentu, mungkin tidak sesuai untuk penyelidikan sedang dijalankan.

-             Maklumat yang ada mungkin telah ketinggalan masa, terutama kajian yang melibatkan data siri masa (time series).

                        

















No comments:

Post a Comment