Tuesday 6 December 2011

Rekabentuk Persampelan (sampling design)

 PERSAMPELAN

Mengambil keseluruhan populasi (bancian) – melibatkan kos yang tinggi dan masa yang lama

Persampelan (sampling) – kaedah pemilihan sampel daripada populasi

Sampel – perlu mengambarkan ciri-ciri populasi tersebut.

Persampelan kebarangkalian – setiap individu/unit analisa mempunyai kemungkinan/peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.

Saiz sampel – perlu diselaraskan dengan saiz populasi
-         supaya dapat menggambarkan populasi

Penentuan saiz sampel bergantung kepada;

a.     Besarnya populasi – semakin besar populasi, semakin besar saiz sampel

b.     Kebolehan individu dalam populasi – semakin pelbagai individu, semakin besar saiz sampel.

c.      Kemudahan – Jika belanjawan / lojistik dan masa diperuntukkan kecil, tak sepadan saiz populasi – pemilihan sampel yang tepat tidak dapat dijalankan



            REKABENTUK PERSAMPELAN

Persampelan rawak – proses mengambil sampel daripada populasi yang dikaji bilamana setiap individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.

Jenis Rekabentuk Persampelan

1.     PERSAMPELAN RAWAK MUDAH

-         Proses mengambil sampel bilamana tiap-tiap individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.

-         Suatu kaedah pemilihan sampel bersaiz  yang diperoleh daripada suatu populasi .

-         Sesuai bagi populasi yang seragam; bila rangka persampelan/senarai individu diketahui.

-         Pemilihan dilakukan menggunakan Jadual Nombor Rawak; sama ada bercetak atau dijana secara eletronik.


Contoh;

1.     Sikap guru-guru terhadap perlaksanaan KBSM – populasi adalah seragam kerana berkelayakan mengajar sekolah menengah (ada sijil/diploma perguruan)

2.     Sikap pelajar terhadap kursus EER3043 –tidak ambil kira semester pelajar, asalkan pelajar mengambil kursus ini





Katakan terdapat satu senarai 1,000 individu (mengajar di Sek Men Daerah Kubang Pasu); dan kita ingin memilih 100 guru sebagai sampel. Tiap-tiap individu diberi nombor 0001 hingga 1000. Seterusnya, dengan menggunakan Jadual Nombor Rawak/komputer/cara-cara rambang yang lain, maka 100 individu dipilih untuk dijadikan suatu sampel rawak mudah.


# Cabutan Sijil Simpanan Premium (BSN).


3.     PERSAMPELAN RAWAK BERLAPIS

-         Digunakan bagi ciri-ciri populasi yang tidak seragam, ada rangka persampelan.

Populasi tidak seragam – persampelan rawak mudah tidak boleh digunakan kerana tidak dapat mewakili lapisan-lapisan yang wujud dalam populasi – meningkatkan ralat persampelan

Persampelan rawak berlapis – mengurangkan ralat persampelan/ dapat mengurangkan varians bagi anggaran sampel.

Langkah;

a.     menentukan lapisan-lapisan yang ingin dikaji
b.     mengasingkan terlebih dahulu unsur-unsur asas dalam populasi kepada kumpulan/kategori tertentu
c.      setiap kategori dikenali sebagai lapisan atau stratum dan darinya dicabutkan satu sampel rawak mudah pada tiap-tiap lapisan.


Contoh 1:

Jika penyelidik ingin mendapatkan sampel yang mencerminkan perbezaan populasi mengikut pembolehubah bangsa dan bandar-desa; cabutan dibuat berdasarkan taburan di bawah;




Contoh 2:

Pembahagian guru-guru mengikut kelulusan akademik.
Guru dibahagikan kepada guru ijazah dan bukan ijazah.
Setiap lapisan tersebut sampel dipilih secara rawak mudah.
Misalnya, 60% guru berijazah, 40% guru bukan ijazah.


3.  PERSAMPELAN BERKELOMPOK

-         Masalah persampelan rawak mudah dan rawak berlapis ialah bagi mendapatkan rangka persampelan. (contoh: senarai nama)

Persampelan kelompok – proses mengambil sampel yang mana unit persampelan bukan lagi unsur dari populasi tetapi unsur dari kelompok populasi.

Contoh 1:

“Sikap pensyarah universiti terhadap penggunaan OHP sebagai alat bantu mengajar”

-         kita sukar dapatkan senarai pensyarah ikut kursus diajar – maka kita boleh menentukan sampel ikut bilangan kelompok/ fakulti (F. Ekonomi, F. Perakaunan, F. Pengurusan dsb).

-         Ini dapat mengurangkan kesukaran menentukan rangka persampelan (senarai pensyarah ikut kursus mengajar) – jimat masa.

Contoh 2:

Kerajaan ingin mengkaji masalah sosioekonomi pekebun kecil getah di sebuah negeri. Negeri ini mempunyai 12 jajahan dan setiap jajahan terdapat 4 mukim. Maka negeri ini dapat dibahagikan kepada 12 x 4 = 48 kelompok. Setiap kelompok akan diberi nombor 01 hingga 48. Katakan 10 kelompok dipilih secara rawak. Purata setiap kelompok terdiri daripada 500 orang pekebun kecil, maka jumlah sampelnya ialah  5000 yang akan dipilih secara rawak.


4.     PERSAMPELAN SISTEMATIK

-         Memerlukan rangka persampelan (seperti rawak mudah dan rawak berlapis)

-         Sampel diperoleh dengan cara memilih satu unit persampelan secara rawak daripada unsur pertama dalam rangka persampelan.

Contoh:

Rangka persampelan terdiri daripada 500 pelajar. Kita memerlukan 50 sampel. Ini bermakna kita mempunyai 10 pelajar bagi setiap unsur .

-         Secara rawak, katakan kita memilih unsur pertama pelajar ke-5 ; maka pelajar berikutnya dipilih adalah pelajar ke-15, ke-25, ke-35 ... dan seterusnya.

-         Unsur pertama sahaja dipilih secara rawak, tetapi unsur berikutnya telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment